GALAH PANJANG
- Permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong.
- Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain.
- Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris.
- Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang.
- Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang.
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA
MAHJONG
- Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China.
- Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib.
- Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan.
- Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA
KABADDI
- Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran.
- Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran .
- Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British.
- Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain.
- Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang).
- Permainan ini terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.
No comments:
Post a Comment