PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
Baju Kurung
Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju
longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain
panjang yang berlipat tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan
wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam.
Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau
batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung
kepala. Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis formal atau
urusan seharian.

Baju Melayu Lelaki
Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu yang
terdiri daripada dua jenis iaitu Baju Teluk Belanga dan Baju Cekak Musang. Baju
ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan,
kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Solat Jumaat. Selain itu, baju ini
juga amat sesuai dipakai pada hari perayaan dan juga majlis-majlis rasmi.
Pemakaian Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila digandingkan bersama
samping atau songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan
Sembahyang Jumaat, baju ini dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun
sutera. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar
panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di
bahagian pinggang.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA
Cheongsam
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina.
Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan
semasa Tahun Baru Cina.Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di
bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan
kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain
jenis kain lembut.

Samfu
Samfu membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek
Kantonis. Samfu merupakan pakaian kaum Cina. Samfu diperbuat daripada kain
nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfu dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah
di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti
seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti
kain sutera.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

Sari
Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan India
dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Kain sari
ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas
bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi
menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai
jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.

Kurta
Pakaian tradisional bagi lelaki kaum india.Kemeja
panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan
sutera.Kurta ini pada kebiasaanya akan dipakai bersama salwar longgar,seluar
longgar atau seluar churidar.Kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh
pemakainya bersama pijama dimana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika
majlis-majlis rasmi.Kurta ini juga boleh dipakai bersama dhoti.dhoti ialah
sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter
yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.
No comments:
Post a Comment